Dec 9, 2011


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin me...nulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.
 
*credit to ShutterClick Photography
P/s:wahh..best giler..romantik seyh..bile la suamiku nk romantik cenggini..hu3..xpela..redha..

Dec 7, 2011

Kebelakangan ni,aku slalu jgak rs sakit kepala..selalunyer akan rasa berdenyut-denyut sampai nak termuntah..terus tak boleh bangun or buat keje langsung..sejak aku pregnant la..makin teruk..then ade orang cakap aku ni maybe migrain..mata akan senak/sakit terutama belah kanan..aku pon tak sure cox tak pernah g jumpa doctor lg..takde masa kan..lau aku sakit kepala memang kena baring and urut and sapu minyak angin satu badan..sampai berangin-angin la..

dapat MIL tukang urut memang syok..tapi sekali kena urut ngan dia,memang serik....saaaaakiiiit.....tapi lepas tu terus lega...selalu camtu..sampai aku naik segan..takut dia kata aku ngada-ngada lebey...tapi mak,percayalah..menantu mu ini betul2 sakit...hik3..paling kesian lau Aqil ada..tak terlayan dia..Sorry yer busyuk2 mama..

ok la..sebenarnyer aku tengah cari simptom2 or info sal migrain..sambil tggu ujan benti ni..nak blik xley..jalan sure jem gile..tak kose duk dalam kete lame2..so,jom tengok/baca/eja sama-sama....yokk...

 

Dec 5, 2011

OST OMBAK RINDU

Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Hafiz :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Adira :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Adira:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Hafiz:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

snow

nuffnang